Tuesday, October 30, 2012

PBS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum pergi ke sekolah saya sempat mengintai ke laman facebook peribadi saya dan terjumpe artikel di bawah. dipost di page saya nak jadi cikgu.


 Umumnya di sekolah saya rata2 guru merasakan sebalik daripada kenyataan akhbar di atas. Pada saya, saya masih tidak nampak lagi yang mana baik dan buruk PBS kerana penguasaan saya terhadap PBS masih cetek. Walaupun telah melaksanakan PBS sepenuhnya kerana tahun ini saya mengajar sains dan geografi form 1,tapi jujurlah saya masih kabur dengan PBS dan pelajar saya masih tidak bersedia menerima perubahan drastik ini. Ape yang saya nampak, apabila final exam dijalankan dan markah dikira, ramai pelajar yang gagal menguasai dan menjawab soalan2 yang diajar. Mereka menguasai hanya pada masa PBS dilaksanakan (tu pun banyak kali pembetulan) dan melupakan fakta tersebut selepas melepasi band berkenaan. Mungkin kerana kita buat pembetulan sampai student capai band. kalau buat dua kali maybe tak tercapai juga band. masa sebenarnya banyak terbazir semasa pembetulan dibuat.

kesimpulannya, saya masih berusaha memahami PBS, agar tahun depan ia tidak menjadi penghalang kejayaan P&P saya. Mungkin pengalaman yang sedikit dan pengurusan masa yang kurang bijak membuatkan saya berasa PBS memenatkan saya. Kami warga sekolah sebenarnya berbesar hati menanti Lembaga Peperiksaan Malaysia hadir ke sekolah memberi taklimat berkaitan PBS pada 3 November 2012.

Sebelum berpisah, andai ade ruang waktu saya nak memiliki buku ini. dan mencari, merenung, berfikir hikmah disebalik pelaksanaan PBS. Mungkin boleh buat kajian tindakan masa buat master nanti insyaAllah. Apa pun pembaharuan yang dibuat adalah baik untuk meningkatkan kualiti pendidikan, namun dek kerana terlalu banyak perubahan drastik menyebabkan cikgu seperti saya masih lagi merangkak.


 
 
~sekian, terima kasih.~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...