Tuesday, October 30, 2012

Berfikir dan terus berfikir

 
Dari awal saya mula posting hingga sekarang, saya masih berfikir dan terus berfikir bagaimana nak buat student saya bahagia dengan saya dan seronok dengan P&P saya. Mungkin ada segelintir mendengar arahan dengan baik, namun banyak juga yang ingkar. Dalam hati sentiasa bisik, "sabar cikgu ain, Allah nak duga kamu".
 
Kadang2 terfikir,
 
"dulu masa sekolah aku takut dengan cikgu hormat cikgu tapi sekarang students aku ade yang kejam menghiris hati aku".
 
Bila buat refleksi diri, mungkin saya ada dosa dengan ibu bapa, mungkin juga dengan guru tanpa saya sedar. sekarang ape yang boleh saya buat?
 
teruskan berfikir, memasang strategi dan bertindak segera.
 
selepas membaca solusi keluaran terbaru saya extra fikir....
Guru perlu membentuk rohani pelajar dahulu, kemudian emosi akan dipengaruhi oleh rohani yang baik binaannya. Maka baru la suburkan lagi dengan intelek...
 
petang semalam di kelas 1 Visi, saya ulang berkali-kali ayat ini..
 
"cikgu lebih suka anak murid yang beradab walaupun kurang berilmu, daripada yang berilmu tapi tidak beradab"

korang agak2 depa faham ke apa yang saya cuba sampai kan.Waallahu'alam.

Apa yang saya harap, jika saya tidak dapat menjadi pencil menulis kebahagiaan dan kejayaan mereka, cukuplah saya menjadi pemadam, memadam kesedihan mereka dan memadam sifat mazmumah mereka.

kepada cikgu2 yang sedang Key in Pbs, Jom ler kite berjemaah. Saya nak key in sekelas je sebelum lena.~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...