Tuesday, October 30, 2012

PBS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum pergi ke sekolah saya sempat mengintai ke laman facebook peribadi saya dan terjumpe artikel di bawah. dipost di page saya nak jadi cikgu.


 Umumnya di sekolah saya rata2 guru merasakan sebalik daripada kenyataan akhbar di atas. Pada saya, saya masih tidak nampak lagi yang mana baik dan buruk PBS kerana penguasaan saya terhadap PBS masih cetek. Walaupun telah melaksanakan PBS sepenuhnya kerana tahun ini saya mengajar sains dan geografi form 1,tapi jujurlah saya masih kabur dengan PBS dan pelajar saya masih tidak bersedia menerima perubahan drastik ini. Ape yang saya nampak, apabila final exam dijalankan dan markah dikira, ramai pelajar yang gagal menguasai dan menjawab soalan2 yang diajar. Mereka menguasai hanya pada masa PBS dilaksanakan (tu pun banyak kali pembetulan) dan melupakan fakta tersebut selepas melepasi band berkenaan. Mungkin kerana kita buat pembetulan sampai student capai band. kalau buat dua kali maybe tak tercapai juga band. masa sebenarnya banyak terbazir semasa pembetulan dibuat.

kesimpulannya, saya masih berusaha memahami PBS, agar tahun depan ia tidak menjadi penghalang kejayaan P&P saya. Mungkin pengalaman yang sedikit dan pengurusan masa yang kurang bijak membuatkan saya berasa PBS memenatkan saya. Kami warga sekolah sebenarnya berbesar hati menanti Lembaga Peperiksaan Malaysia hadir ke sekolah memberi taklimat berkaitan PBS pada 3 November 2012.

Sebelum berpisah, andai ade ruang waktu saya nak memiliki buku ini. dan mencari, merenung, berfikir hikmah disebalik pelaksanaan PBS. Mungkin boleh buat kajian tindakan masa buat master nanti insyaAllah. Apa pun pembaharuan yang dibuat adalah baik untuk meningkatkan kualiti pendidikan, namun dek kerana terlalu banyak perubahan drastik menyebabkan cikgu seperti saya masih lagi merangkak.


 
 
~sekian, terima kasih.~

Berfikir dan terus berfikir

 
Dari awal saya mula posting hingga sekarang, saya masih berfikir dan terus berfikir bagaimana nak buat student saya bahagia dengan saya dan seronok dengan P&P saya. Mungkin ada segelintir mendengar arahan dengan baik, namun banyak juga yang ingkar. Dalam hati sentiasa bisik, "sabar cikgu ain, Allah nak duga kamu".
 
Kadang2 terfikir,
 
"dulu masa sekolah aku takut dengan cikgu hormat cikgu tapi sekarang students aku ade yang kejam menghiris hati aku".
 
Bila buat refleksi diri, mungkin saya ada dosa dengan ibu bapa, mungkin juga dengan guru tanpa saya sedar. sekarang ape yang boleh saya buat?
 
teruskan berfikir, memasang strategi dan bertindak segera.
 
selepas membaca solusi keluaran terbaru saya extra fikir....
Guru perlu membentuk rohani pelajar dahulu, kemudian emosi akan dipengaruhi oleh rohani yang baik binaannya. Maka baru la suburkan lagi dengan intelek...
 
petang semalam di kelas 1 Visi, saya ulang berkali-kali ayat ini..
 
"cikgu lebih suka anak murid yang beradab walaupun kurang berilmu, daripada yang berilmu tapi tidak beradab"

korang agak2 depa faham ke apa yang saya cuba sampai kan.Waallahu'alam.

Apa yang saya harap, jika saya tidak dapat menjadi pencil menulis kebahagiaan dan kejayaan mereka, cukuplah saya menjadi pemadam, memadam kesedihan mereka dan memadam sifat mazmumah mereka.

kepada cikgu2 yang sedang Key in Pbs, Jom ler kite berjemaah. Saya nak key in sekelas je sebelum lena.~

Come Back!

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada sesiapa pun yang mengunjungi blog ini,
actually blog ni telah lama beroperasi tetapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan banyak entry telah pun di padam.

saya berharap, perkongsian diblog saya selepas ini banyak memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. kalau dulu, lebih suka bercerita mengenai diri sendiri,suami dan anak. selepas ni mungkin masih bercerita tentang perjalanan hidup, suami dan anak ditambah dengan keadaan sekeliling, hobi dan mungkin mengenai ape yang saya minat.

jangan stress jangan jemu dan hope jangan terasa hati sekiranya entry saya menyinggung perasaan kalian. teguran sangat2 di alu2kan.

sebelum mengundur diri saya nak share kata2 daripada prof Muhaya yang amat saya minati. penyampaian dakwah yang santai dan tidak sentap jika terkena batang hidung saya sendiri.

"Cara kita melihat akan mengubah sesuatu perkara itu. beranikan diri melihat kelebihan dan kebaikan orang lain serta bijaksana dalam menangani kelemahan dan kesilapan diri sendiri"

sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...