Assalamulaikum warohmatullah,
wabarokatu…
Buat pembaca yang di sayangi dan
dihormati sekalian.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah
SWT, saya masih diberi peluang dan ruang untuk berkongsi secebis pengalaman
yang saya lalui bersama pembaca blog sekalian.
Saya bukanlah insan yang pandai
berbahasa, berbunga-bunga namun saya berharap, penulisan saya ini mampu di
fahami, dicerna dan dihadam sebaiknya.
Sebarang komen daripada pembaca amat
saya alu-alukan, kerana saya insan biasa yang tidak akan terlepas dari berbuat
dosa dan kerosakan di atas muka bumi ini.
Kali ini saya ingin berkongsi
mengenai kisah anak saya ihsan, yang sering kali dan amat gemar menyebut
perkataan ayah saat dia sihat mahupun sakit.
Kalau ikutkan hati ibu ni, agak
jeles jika seringkali anak sebut “ayah”… sedangkan kita si ibu lah yang menjaga
hampir seluruh masa kita seharian.
Setelah saya renung dan tenung
sedalam nya, saya lihat satu amalan suami yang membuatkan anak saya ihsan
menjadi tersangat sayangkan ayahnya, mendambakan ayahnya setiap masa dan
terindu-rindu tatkala ayah tidak pulang dari kerja.
Amalan tersebut adalah, membawa ihsan
bersiar-siar menaiki motosikal. Biarpun kami tidaklah kaya membawa anak pergi
menikmati percutian mewah, hidup bermewah-mewah namun masa yang sedikit suami
ambil membawa ihsan bersiar di sekitar kampung sambil menikmati udara segar,
melihat lembu-lembu di padang rumput, melihat orang disekeliling, rumah-rumah kampung.
Tiada sunway lagoon, i-city dan lain-lain. Namun ihsan tetap tersenyum. Ketawa..
seronok kami melihat gelagatnya..
Kalau masa saya belum sarat dulu,
kami kerap naik motor sama-sama. Pergi jalan-jalan kampung di sekitar meru,
tengok rumah yang sedang dalam pembinaan, tengok lembu meragut rumput, tengok
ikan dalam parit ke.. pergi pasar malam ke… semua tu cukup buat kami bertiga
bahagia. Alhamdulillah… tq abang, suami ku Mohd Izzuan….
Kami takde alphard, selipar pon
selipar jepun, rumah pun rumah sewa. Namun hidup ini tetap rasa bahagia kerana
suami a.k.a ayah memberi masanya walau sedikit buat kami berdua. Yang tu lah
buat ihsan sangat sayang ayah… ayah bawa ihsan naik motor bersiar-siar.. ayah
beli mainan murah, rm5 je kereta.. mainan tu lah yang dia main sampai hancur. Ihsan
tak kisah biarpun murah..
Bila kenangkan memang menitis air
mata, kerana sesibuk mana pun suami, bekerja, balik menjenguk ayahnya di
kampung, kalau balik ke rumah, ada masa sikit pun jadi la bawak kami
jalan-jalan.. tak beli.. tengok je pon takpe… kalau ade rezeki lebih baru kami
berbelanja.
Apa yang ingin saya kongsi bukan
kesusahan kepayahan hidup dan ape-ape lah yang lain melainkan…. Pengorbanan seorang
ayah, masa seorang ayah untuk anak dan isterinya… hanya itu sahaja.. mampu
membuat kami terindu-rindu, ternanti-nanti, dan mendambakan ayah di sisi kami..
Sebagai isteri, saya sentiasa redha
masa suami untuk keluarga, pergi la abang kerana kamu anak lelaki.. sulung…
tanggungjawab anak lelaki adalah untuk ibu bapanya… kerana saya isteri masih
mampu berdikari membesarkan anak-anak kita kelak… in sha Allah… saya bukan lah terlalu utama berbanding ibu
mu… kerana saya juga sayang akan ibu saya. Saya faham tanpa ibu siapalah kita..
dan saya janji, saya akan ingatkan ihsan
tentang jasamu… tentang kasih sayang mu ayah… ayah juga banyak jasa dalam
keluarga.. selain ibu…
Kepada ayah-ayah diluar sana,
berilah masa mu..
Agar kamu menjadi kekasih hati
anak-anakmu..
Masa itu bernilai lebih dari hartamu…
Kalau kau terasa sekarang kesepian
tatkala kamu tua…
Dan anak membiarkan mu…
Cuba kenang semula, masa muda dulu..
adakah kau punya masa untuk anak-anakmu… kerana hidup ini ibarat putaran roda
ayah… jika kau berada di atas ingatlah anak-anakmu.. maka jika kau berada di
bawah in sha Allah anak akan juga bersama mu….
“kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya
ayahanda.. juga membawa kita ke syurga”
Sekadar berkongsi.